Wednesday, March 24, 2010

Mesyuarat Bersama KUAD IPTA 1/2010

Pada 9hb Mac - 11hb Mac yang lalu KUAD IPTA telah bermesyuarat untuk kali pertama bagi tahun 2010 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor D.E. Selain dari mesyuarat diadakan juga sesi lawatan ke KWSP dan Bank Rakyat Kuala Lumpur dengan tujuan menambah pengetahuan dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelaksanaan audit dalam serta mewujudkan networking antara ketua-ketua audit dalam. Mesyuarat yang diadakan di hadiri oleh KUAD IPTA dan wakil masing masing.
KUAD IPTA & Wakil

Mesyuarat berlangsung dengan sempurna dan hasil dari mesyuarat tersebut diperhatikan KUAD IPTA bersetuju supaya aktiviti latihan bagi memenuhi keperluan peningkatan skil dan kemahiran serta pengetahuan Juruaudit Dalam IPTA diteruskan dan dengan lebih terancang.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Latihan KUAD IPTA akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memberi khidmat yang lebih berkualiti bagi memenuhi cita-cita di atas. Bagi mencapai cita-cita untuk meningkatkan khidmat yang lebih cemerlang dan berkualiti ,Jawatankuasa Latihan KUAD IPTA akan bermesyuarat bagi kali kedua pada :

  • Tarikh  : 1 April 2010

  • Tempat :Universiti Sains Islam Malaysia.

  • Ringkasan Agenda:

  • Mesyuarat jawatankuasa Latihan

  • Mesyuarat bersama IIAM

  • Perbincangan ACL sharing session

No comments:

Post a Comment