Assalamualaikum Juruaudit IPTA.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, Ketua-Ketua Audit Dalam akan mengadakan mesyuarat pada 29 Julai 2010 di UTM, Johor. Pihak Jawatankuasa Latihan ingin memohon kerjasama semua Juruaudit Dalam dan staf Audit Dalam IPTA untuk mencadangkan perkara-perkara berkenaan latihan bagi meningkatkan skil, pengetahuan dan kompetensi kita semua. Semua cadangan, maklumbalas dan lain-lain yang berkaitan amat dialu-alukan termasuklah cadangan-cadangan untuk menaiktaraf blog ini agar dapat menjadi saluran informasi kepada semua Audit Dalam IPTA.
Cadangan-cadangan Juruaudit semua boleh terus dinyatakan di dalam ruangan "comment" blog ini. Pihak kami akan mengumpul cadangan semua dan akan dibawa ke mesyuarat pada 29 Julai nanti.
Sumbangan Semua Kami Manfaatkan
Saya mencadangkan agar venue latihan diadakan secara bergilir-gilir di IPTA
ReplyDeletePerlu kaji dahulu kelemahan juruaudit di IPTA. Hasil kajian dijadikan modul latihan.
ReplyDeleteTerima kasih
Kita kena mengerakkan satu team utk betul2 fokus modul yg sesuai utk audit IPTA...Saya rasa kursus yg telah kita anjurkan memang menepati keperluan latihan staf dan rate dia murah daripada biasa.
ReplyDeleteSAYA CADANGKAN BLOG NI DIMASUKKAN CARTA ORGANISASI JK LATIHAN....N KALAU BOLEH MAKE UP SIKIT KASI LEBEH CERIA DAN SATU PENDEKATAN PERLU DIAMBIL UTK MEMPROMOSI BLOG INI AGAR IA DAPAT JADI SATU BLOG YG BOLE MEMBERI INFORMASI BERGUNA PADA KITA SEMUA...
ReplyDelete