Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 12 - 15 Julai 2010 yang lalu. Pihak Audit Dalam UIAM telah bermurah hati menyediakan venue untuk kursus ini. Pihak Jawatankuasa Latihan UAD IPTA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada UIAM terutamanya kepada Rektor UIAM Y. Bhg Prof. Dato' Sri Dr. Syed Arabi Idid di atas kesudian beliau bersama dan bergambar dengan para peserta dan Ketua UAD UIAM yang telah bertungkus lumus menyediakan kemudahan venue dan pengangkutan peserta dengan kos yang sangat-sangat minima.
Kursus ini dijalankan secara usahasama antara Jawatankuasa Latihan Audit Dalam IPTA dan Institut Juruaudit Dalam Malaysia. Mr Norman Chong dari IIAM telah menjalankan kursus 4 hari ini dengan jayanya dan rata-rata para peserta berpuas hati dengan pengetahuan dan perkongsian pengalaman dengan Mr. Norman. Pihak Jawatankuasa ucapkan SYABAS kepada para peserta dan Mr. Norman.
Mengikut maklumat dari Institut Juruaudit Dalam Malaysia, modul kursus ini dibawa khas dari IIA, US. Modul ini dihasilkan dari beberapa penyelidikan yang dibuat oleh IIA. Oleh itu Jawatankuasa Latihan amat bersyukur kerana dapat menyediakan satu kursus yang bertaraf antarabangsa kepada para juruaudit IPTA.
Bagi mengimbau kembali detik-detik kursus ini, disertakan dibawah beberapa photo semasa kursus.

Gambar bersama Rektor siapa paling handsome dan cun?
ReplyDelete